Saturday 10 December 2011

Kata Banyak Makna ( 4 )

Kata Banyak Makna
Makna
Ayat Contoh
Lapang
1. Masa terluang


2.Luas,tidak sempit
1. Ayah menggunakan masa
lapangnya dengan bercucuk
tanam di belakang rumah.
2. Kawasan lapang di taman
perumahan itu dijadikan    
    taman permainan.
Larut
1.Dapat hancur

2.Lewat,jauh malam
1. Biarkan garam larut ke
    dalam air itu.
2. Ayah bekerja hingga larut
    malam.
Masak
1.Sudah matang,boleh dipetik

2.Sudah empuk,boleh
   dimakan
3.Faham atau sudah tahu
1. Buah mangga itu sudah
    masak.
2. Ubi yang direbus itu sudah
    masak.
3. Abang masak akan perangai
    adik bongsu yang suka   
    merajuk.
Naik
1.Bergerak ke atas

2.Bertambah,meningkat

3.Bangkit,kembang
1. Kakak naik ke tingkat lapan
    dengan lif.
2. Harga barangan naik ekoran
    kenaikan harga bahan api.
3. Kek yang dibakar itu naik
    selepas 45 minit.
Pecah
1.Terbelah kecil-kecil

2.Retak merekah

3.Terbelah kulit hingga
   terkeluar isinya.
1. Mangkuk itu terjatuh lalu
    pecah berkecai.
2. Bibinya pecah karana terlalu
    kering.
3. Telur itu dipecahkan oleh
ibu dahulu sebelum  
digoreng.
Rendah
1.Tidak tinggi

2.Murah


3.Kurang baik
1. Tubuh abang agak rendah
berbanding kawan- 
    kawannya.
2. Barangan di pasar boring itu
    dijual pada harga rendah.
3.Mutu barangan tiruan
   memang rendah.
Tenggelam
1.Karam


2.Terbenam

3.Asyik


4.Hilang,lenyap
1. Kapal mewah itu dipercayai
tenggelam berpuluh-puluh
tahun dahulu.
2. Matahari tenggelam di ufuk
barat.
3. Penonton tenggelam dalam
kelunakan suara penyanyi
itu.
4. Nama pemuzik itu
    tenggelam selepas 90-an.


No comments:

Post a Comment