Sunday 4 December 2011

Ayat Cakap Ajuk Dan Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula sebagaimana yang diucapkan tanpa diubah maksudnya.Ayat cakap ajuk ini mesti ditandai dengan tanda petik ( “…… “ )
Ayat cakap pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan gaya bahasa penulis sendiri tanpa mengubah maksudnya.

Ayat Cakap Ajuk
Ayat Cakap Pindah
1. Kata Ali , “ Bunga ini cantik. “
Ali mengatakan bahawa bunga itu cantik.

2. “ Silalah masuk ke dalam bilik
       bacaan, “ kata  Abu kepada Samy.
Abu mempelawa Samy masuk ke dalam bilik bacaan.



Apabila cakap ajuk diubah menjadi ayat cakap pindah,perkara-perkara berikut perlu diubah.

Ayat Cakap Ajuk
Ayat Cakap Pindah
saya , aku
dia , ia , -nya , beliau
anda , awak . kamu , engkau
dia , -nya
kami , kita
mereka
beta
baginda
patik , hamba
dia
ini
itu
sini
situ
begini
begitu
semalam
hari semalamnya

No comments:

Post a Comment