Thursday 8 December 2011

Kata Banyak Makna ( 2 )

Kata Banyak Makna
Makna
Ayat Contoh
Cerah
1.Terang
2.Agak putih
3.Bertambah baik
1.Cuaca hari ini cerah.
2.Gadis itu berkulit cerah.
3.Masa depannya bertambah
cerah setelah ditawarkan  
    pekerjaan yang baik.
Cetek
1. Tidak dalam
2. Ilmu pengetahuan yang
    rendah
1.Air sungai itu sungguh cetek.
2.Orang yang malas membaca
    pasti cetek pengetahuannya.
Cukup
1. Genap,sampai jumlahnya


2.Memadai
1.Wang simpanannya sudah
    cukup untuk membeli
komputer.
2.Encik Lee tidak menyangka
   sumbangan pakaian kepada
   mangsa banjir lebih daripada
   cukup.
dasar
1.Bahagian bawah sekali

2.Cara,prinsip,polisi
1.Dasar kotak itu ada bertanda
   cat hitam.
2.Mereka bersepakat perniagaan
   itu dimulakan atas dasar
   untung dan persaudaran.
diam
1. Tidak bercakap

2. Tinggal.duduk
1.Aini diam sahaja apabila
   disapa.
2.Kami diam disini sejak
   sepuluh tahun yang lalu.


1 comment:

  1. Sangat membantu saya, terima kasih. Doakan saya dalam peperiksaan trial spm tahun ni.

    ReplyDelete