Thursday 8 December 2011

Kata Banyak Makna ( 3 )

Kata Banyak Makna
Makna
Ayat Contoh
ganjil
1.Pelik,aneh,luar biasa

2.Tidak genap
1.Sikapnya begitu ganjil kerana
    asyik bercakap seorang diri.
2.Peserta bernombor ganjil
   diminta membentuk sebuah
   kumpulan.
gugur
1.Jatuh,luruh

2.Terkorban
1.Buah durian gugur setelah
   masak.
2.Banyak tentera negara kita
   gugur di medan peperangan.
halaman
1.Pekarangan rumah


2.Muka surat
1.Halaman rumahnya dipenuhi
   hiasan bunga dan tumbuhan
   hijau.
2.Beberapa halaman buku cerita
   itu telah terkoyak.
halus
1.Tidak kasar

2.Licin

3.Lumat,kecil-kecil
1.Jahitan manic pada baju itu
   begitu halus.
2.Kulitnya begitu halus dan
   cerah.
3.Kertas itu digunting halus
   supaya menjadi taburan
   warna-warni nanti.
Kacau
1.Kusut

2.Menjadikan sesuatu itu
    sebati

3.Mengganggu,mengusik
1.Fikiran nenek kacau apabila
   datuk tidak pulang-pulang.
2.” Ah Ling,tolong kacau bubur
di atas apai itu,”pinta
emaknya.
3.”Cis ,berani engkau kacau
    adik aku!”


No comments:

Post a Comment