Tuesday 18 October 2011

Cara Menulis Karangan Yang Baik

Saya mendapati masih ramai pelajar tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan yang baik.Diharap cara-cara menulis karangan dibawah dapat memberikan sedikit bantuan kepada murid-murid.
Cara menulis karangan yang baik
1)Kejelasan dan ketepatan:
 Isi-isi atau hujah dalam karangan hendaklah disampaikan dengan cukup jelas dan tepat supaya  tidak menimbulkan sebarang salah faham atau kekeliruan
2)Gaya yang baik:
Apa yang dimaksudkan dengan gaya itu termasuklah cara susunan isi-isi , kelincinan jalan bahasa, pemerengganan, kejelasan tulisan dan sebagainya. Bahasa yang digunakan itu hendaklah tepat, jelas, ringkas dan padat . Ini bererti pemilihan kata-kata mestilah dilakukan dengan seteliti yang boleh dan betul.
3) Keaslian:
Keaslian kedua-dua isi, bentuk atau bahasa adalah penting. Keaslian isi bererti karangan itu mengandungi idea-idea atau fikiran-fikiran segar, pengamatan dan pemahaman tajam serta mendalam  lagi kaya dengan unsur-unsur  haimoni sehingga karangan itu menarik .

Sunday 16 October 2011

Cara Membuat Rangka Karangan

Cara Membuat Rangka Karangan:

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan .  Perbezaan di antara struktur karangan dan rangka karangan ialah struktur karangan menunjukkan susunan kedua-dua isi penting dan butir-butir keterangannya, sedangkan rangka karangan hanya menunjukkan susunan isi-isi penting sahaja.

Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan .

Membuat rangka karangan , sebenarnya adalah merancang isi-isi penting karangan. Ia melibatkan dua langkah, iaitu:

1) Mencari idea-idea yang hendak dibincangkan
2) Mengatur atau menyusun idea-idea itu secara logik sehingga menjadi sebuah rangka  karangan.