Sunday 13 November 2011

Kata Bilangan

Kata Bilangan
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau urutan.Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis:

Kata Bilangan
Penggunaan
           Contoh
Kata Bilangan Tertentu
merujuk bilangan yang diketahui jumlahnya
lima, sepuluh, seratus
Kata Bilangan Tak Tentu
bilangan yang tidak tentu atau secara umum sahaja
beberapa, sebahagian,para
Kata Bilangan Himpunan
merujuk bilangan yang terhimpin atau terkumpul
ketiga-tiga, berbulan-bulan, berjam-jam
Kata Bilangan Pisahan
bilangan yang berupa pecahan
tiap-tiap, setiap,masing-masing
Kata Bilangan Pecahan
bilangan yang berupa pecahan
satu per tiga, separuh
Kata Bilangan Tingkat
merujuk bilangan yang bertingkat,mengikut urutan atau giliran
pertama, ketiga, keseribu



Kata Tanya

Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dan membentuk ayat tanya.
Kata tanya perlu disertai kata penegas “ kah “ apabila hadir pada awal ayat.Ayat tanya diakhiri dengan tanda soal ( ? ).


      Kata Tanya
    Penggunaan
        apa
menanyakan perkara, benda, tempat dan binatang
        siapa
menanyakan orang atau nama orang
       bagaimana
menanyakan keadaan,cara atau pendapat
       berapa
menanyakan harga, bilangan,jumlah dan ukuran
       bila
menanyakan masa
       mengapa / kenapa
menanyakan sebab
       mana
menanyakan tempat dan arah


Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung kata nama atau frasa nama.

Kata  Sendi Nama
   Penggunaan
di
tempat, arah
ke
tempat, arah, waktu
dari
tempat , arah, waktu
daripada
orang, punca, perbandingan
pada
masa, tempat, orang, haiwan
kepada
orang, haiwan, pecahan
oleh
digunakan dalam ayat pasif
untuk / bagi
orang, menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
dengan
bersama-sama , menggunakan,
memakai, cara, perbandingan
akan
menunjukkan maksud terhadap
atau kepada dan mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif
tentang
menunjukkan sesuatu secara umum
sehingga / sampai
waktu, tempat
seperti / umpama / bagai
menyatakan makna persamaan dengan yang lain
dalam
lingkungan yang tidak mempunyai ruang





Kata Majmuk

Kata  Majmuk
Kata majmuk terbentuk daripada gabungan dua paerkataan atau lebih yang membawa maksud tertentu.
dewan  +  peperiksaan  =  dewan peperiksaan
setia     +  usaha            =   setiausaha
kerja    +   sama            =   kerjasama
warga   +   negara         =   warganegara
guru     +   besar            =    guru besar