Monday 7 November 2011

Kata Hubung

Kata Hubung
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan ,frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada 3 jenis,iaitu:

             Jenis-jenis
       Contoh
1)Kata Hubung Gabungan
dan , atau , tetapi ,serta
2)Kata Hubung Pancangan
yang , bahawa , kerana , sementara
3)Kata Hubung Berpasangan
sungguhpun …… namun , bukan sahaja ……. bahkan juga , bukan sahaja …… malah



Kata Ganda

Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada proses pengulangan kata dasar.Terdapat empat bentuk kata ganda iaitu:

                  Jenis
        Contoh
1.Kata Ganda Penuh
   kata yang digandakan sepenuhnya
buku-buku , mata-mata , cita-cita
2.Kata Ganda Separa
   sebahagian daripada kata digandakan
lelangit , jejentik , tetangga
3.Kata Ganda Berentak
  kata dasar digandakan mengikut rentak
  bunyi tertentu kata dasar itu
bukit-bukau , lauk-pauk , batu-batan
4.Kata Ganda Berimbuhan
   kata ganda yang diberikan imbuhan
kehijau-hijauan , surat-menyurat ,
tawar-menawar

Kata Adjektif

Kata Adjektif
Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Kata adjektif dibahagikan kepada Sembilan jenis:
1) Sifat atau keadaan ( sihat,tabah,rajin )
2)Warna ( merah,kuning,biru )
3)Ukuran ( panjang.lebar,tinggi )
4)Bentuk ( bulat,leper,lurus )
5)Waktu ( awal,lama,baru )
6)Jarak ( hampir,rapat,jarang )
7)Cara ( cermat,pantas,jelas )
8)Perasaan ( rindu,ragu,kecewa )
9)Pancaindera ( harum,lazat,bising )

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga digunakan bagi orang yang diperkatakan.

     Kata Ganti Nama Diri Ketiga
   Penggunaan
1) dia / ia
merujuk diri orang ketiga secara umum atau rakan sebaya
2) beliau
merujuk orang ketiga yang dianggap mulia dan dihormati,misalnya pemimpin negara atau guru.
3) baginda
merujuk diri orang ketiga seperti raja atau sultan
4) mereka
merujuk diri orang ketiga yang bilangannya melebihi seorang