Thursday 24 November 2011

Kata Nafi

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu dalam predikat ayat.


Kata nafi
Penggunaan
bukan
digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
tiak
digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif

Kata Pembenar

Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan kebenaran sesuatu pernyataan.


Kata pembenar
Ayat contoh
ya
Ya, itulah pilihan saya.
benar
Benar, dialah yang berkata demikian.
betul
Betul, saya menziarahi jiran baru petang tadi.

Kata Pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.


Kata pemeri
Penggunaan
ialah
digunakan di hadapan frasa nama
adalah
digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Kata Penegas

Kata penegas digunakan untuk menegaskan sesuatu kenyataan.


Kata penegas
Penggunaan
-lah
menegaskan sesuatu suruhan, permintaan atau pernyataan
-kah
menegaskan sesuatu pernyataan atau memberi penekaan kepada sesuatu ayat tanya
-tah
menegaskan sesuatu pernyataan, membawa maksud hairan atau tidak sabar
hanya
menekankan sesuatu pernyataan
jua/juga
menekankan sesuatu pernyataan
pun
memberi penekanan kepada ayat penyata
sahaja
memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat perintah
memang
menekankan sesuatu pernyataan

Tuesday 22 November 2011

Kata Penguat

Kata penguat ialah kata yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat digunakan sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata penguat terbahagi kepada tija jenis, iaitu:
(a) Kata penguat hadapan
(b) Kata penguat belakang
(c) Kata penguat bebas


Kata penguat hadapan
Penggunaan
paling
terlalu
agak
digunakan di hadapan kata adjektif



Kata penguat belakang
Penggunaan
benar
sekali
nian
betul
digunakan di belakang kata adjektif



Kata penguat bebas
Penggunaan
sungguh
amat
sangat
digunakan sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif

Kata Bantu

Kata bantu digunakan untuk menerangkan kata kerja dalam ayat. Kata bantu terbahagi kepada dua jenis iaitu:
(a) Kata bantu aspek
(b) Kata bantu ragam

(a) Kata bantu aspek
     Kata bantu aspek berfungsi menimbulkan suasana perbezaan masa dari segi perbuatan itu sudah,   sedang
     atau akan dilakukan.
     
Kata bantu aspek
Penggunaan
sudah
telah
pernah
perbuatan yang sudah dilakukan
masih
sedang
perbuatan yang seang dilakukan
akan
belum
perbuatan yang akan dilakukan


(b) Kata bantu ragam
     Kata bantu ragam berfungsi untuk menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang
     dilakukan.
 
Kata bantu ragam
Penggunaan
harus
menyatakan keperluan
mesti
menyatakan kemestian
hendak
mahu
ingin
menyatakan kehendak
boleh
menyatakan keizinan
dapat
menyatakan keupayaan