Sunday 11 December 2011

Kata Hampir Sama Makna ( 6 )

Kata Hampir Sama Makna
Makna
melihat
Memandang dengan mata.
mengintai
Melihat dengan bersembunyi,mengintip.
menonton
Menengok sesuatu pertunjukkan.
menyimbah
Menyiram sesuatu sehingga basah dengan hayunan yang kuat,
menyiram
Mencurah air pada sesuatu.
merendam
Menaruh sesuatu di dalam air.
merenjis
Memercikkan air pada seseorang atau sesuatu.


Saturday 10 December 2011

Kata Hampir Sama Makna ( 5 )

Kata Hampir Sama Makna
Makna
mengelap
Mengeringkan diri
menggosok
Menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya bersih,berkilat dan sebagainya.
menggilap
Menggosok supaya berkilat.
menyapu
Membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu.


Kata Hampir Sama Makna ( 4 )

Kata Hampir Sama Makna
Makna
mencolok
Menusuk atau mencucuk mata atau menimbulkan rasa
meluat.
mencucuk
Menikam atau menusuk dengan benda tajam.
menjolok
Mencolok sesuatu dengan galah supaya gugur.
menatang
Membawa sesuatu di atas tapak tangan.
mengelek
Mengepit sesuatu di bawah ketiak.
menjinjing
Membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah.
menjunjung
Membawa sesuatu di atas kepala,
Kata Hampir Sama Makna ( 3 )

Kata Hampir Sama Makna
Makna
rangup
Mudah pecah,rapuh
rapuh
Mudah patah atau mudah pecah
muncul
Keluar dengan tiba-tiba
tampil
Datang atau bergerak ke hadapan
terbit
Keluar dari tempat yang terselindung
timbul
Keluar ke atas dari dalam air, terapung-apung atau makna terbit bagi bulan dan matahari


Kata Hampir Sama Makna ( 2 )

Kata Hampir Sama Makna
Makana
retak
Garis  yang menunjukkan sesuatu yang retak
bengkok
Tidak lurus,berliku-liku
condong
Tidak sama rata letaknya,senget
serang
Tidak tepat atau tidak lurus.
empuk
Lembut dan mudah dikunyah.

Kata Hampir Sama Makna

Kata Hampir Sama Makna ( 1 )
Kata Hampir Sama Makna ialah kata-kata yang mempunyai maksud yang hampir sama.

Kata Hampir Sama Makna
Makana
basi
Makanan yang sudah tidak sedap kerana berubah rasa atau bau.
busuk
Yang buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yang tidak sedap.
hangit
Makanan yang dimasak sehingga hampir hangus dan berbau.
tengik
Makanan atau minyak masak yang berbau atau terasa tidak sedap.
belah
Pecah menjadi banyak bahagian.
Kata Banyak Makna ( 4 )

Kata Banyak Makna
Makna
Ayat Contoh
Lapang
1. Masa terluang


2.Luas,tidak sempit
1. Ayah menggunakan masa
lapangnya dengan bercucuk
tanam di belakang rumah.
2. Kawasan lapang di taman
perumahan itu dijadikan    
    taman permainan.
Larut
1.Dapat hancur

2.Lewat,jauh malam
1. Biarkan garam larut ke
    dalam air itu.
2. Ayah bekerja hingga larut
    malam.
Masak
1.Sudah matang,boleh dipetik

2.Sudah empuk,boleh
   dimakan
3.Faham atau sudah tahu
1. Buah mangga itu sudah
    masak.
2. Ubi yang direbus itu sudah
    masak.
3. Abang masak akan perangai
    adik bongsu yang suka   
    merajuk.
Naik
1.Bergerak ke atas

2.Bertambah,meningkat

3.Bangkit,kembang
1. Kakak naik ke tingkat lapan
    dengan lif.
2. Harga barangan naik ekoran
    kenaikan harga bahan api.
3. Kek yang dibakar itu naik
    selepas 45 minit.
Pecah
1.Terbelah kecil-kecil

2.Retak merekah

3.Terbelah kulit hingga
   terkeluar isinya.
1. Mangkuk itu terjatuh lalu
    pecah berkecai.
2. Bibinya pecah karana terlalu
    kering.
3. Telur itu dipecahkan oleh
ibu dahulu sebelum  
digoreng.
Rendah
1.Tidak tinggi

2.Murah


3.Kurang baik
1. Tubuh abang agak rendah
berbanding kawan- 
    kawannya.
2. Barangan di pasar boring itu
    dijual pada harga rendah.
3.Mutu barangan tiruan
   memang rendah.
Tenggelam
1.Karam


2.Terbenam

3.Asyik


4.Hilang,lenyap
1. Kapal mewah itu dipercayai
tenggelam berpuluh-puluh
tahun dahulu.
2. Matahari tenggelam di ufuk
barat.
3. Penonton tenggelam dalam
kelunakan suara penyanyi
itu.
4. Nama pemuzik itu
    tenggelam selepas 90-an.


Thursday 8 December 2011

http://youtu.be/EwbqJ5hH9ko
Kata Banyak Makna ( 3 )

Kata Banyak Makna
Makna
Ayat Contoh
ganjil
1.Pelik,aneh,luar biasa

2.Tidak genap
1.Sikapnya begitu ganjil kerana
    asyik bercakap seorang diri.
2.Peserta bernombor ganjil
   diminta membentuk sebuah
   kumpulan.
gugur
1.Jatuh,luruh

2.Terkorban
1.Buah durian gugur setelah
   masak.
2.Banyak tentera negara kita
   gugur di medan peperangan.
halaman
1.Pekarangan rumah


2.Muka surat
1.Halaman rumahnya dipenuhi
   hiasan bunga dan tumbuhan
   hijau.
2.Beberapa halaman buku cerita
   itu telah terkoyak.
halus
1.Tidak kasar

2.Licin

3.Lumat,kecil-kecil
1.Jahitan manic pada baju itu
   begitu halus.
2.Kulitnya begitu halus dan
   cerah.
3.Kertas itu digunting halus
   supaya menjadi taburan
   warna-warni nanti.
Kacau
1.Kusut

2.Menjadikan sesuatu itu
    sebati

3.Mengganggu,mengusik
1.Fikiran nenek kacau apabila
   datuk tidak pulang-pulang.
2.” Ah Ling,tolong kacau bubur
di atas apai itu,”pinta
emaknya.
3.”Cis ,berani engkau kacau
    adik aku!”