Sunday 16 October 2011

Cara Membuat Rangka Karangan

Cara Membuat Rangka Karangan:

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan .  Perbezaan di antara struktur karangan dan rangka karangan ialah struktur karangan menunjukkan susunan kedua-dua isi penting dan butir-butir keterangannya, sedangkan rangka karangan hanya menunjukkan susunan isi-isi penting sahaja.

Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan .

Membuat rangka karangan , sebenarnya adalah merancang isi-isi penting karangan. Ia melibatkan dua langkah, iaitu:

1) Mencari idea-idea yang hendak dibincangkan
2) Mengatur atau menyusun idea-idea itu secara logik sehingga menjadi sebuah rangka  karangan.

No comments:

Post a Comment