Sunday 13 November 2011

Kata Bilangan

Kata Bilangan
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau urutan.Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis:

Kata Bilangan
Penggunaan
           Contoh
Kata Bilangan Tertentu
merujuk bilangan yang diketahui jumlahnya
lima, sepuluh, seratus
Kata Bilangan Tak Tentu
bilangan yang tidak tentu atau secara umum sahaja
beberapa, sebahagian,para
Kata Bilangan Himpunan
merujuk bilangan yang terhimpin atau terkumpul
ketiga-tiga, berbulan-bulan, berjam-jam
Kata Bilangan Pisahan
bilangan yang berupa pecahan
tiap-tiap, setiap,masing-masing
Kata Bilangan Pecahan
bilangan yang berupa pecahan
satu per tiga, separuh
Kata Bilangan Tingkat
merujuk bilangan yang bertingkat,mengikut urutan atau giliran
pertama, ketiga, keseribu



No comments:

Post a Comment