Sunday 27 November 2011

Imbuhan Awalan beR-

Imbuhan  Awalan beR –

            Maksud
                       Ayat Contoh
1. melakukan sesuatu     
   perbuatan
Mereka berdua sedang bermain catur.
2. perbuatan berlaku pada
    diri sendiri
Kak long akan bersolek sebelum ke tempat kerja.
3. memakai
Datin Khairah berselendang putih.
4. menaiki
Ayah bermotosikal ke lading getah.
5. memiliki / mempunyai
Wanita itu sungguh bertuah kerana beranak kembar.
6. menggunakan
Puan Tan berpayung kerana tidak tahan dengan siranan cahaya matahari yang terik.
7. menunjukkan sikap
Murid-murid mesti berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah.
8. dalam keadaan
Mereka bersedih atas pemergian ahli keluarga tersayang.
9. perbuatan berbalas-balas
Mereka sering bertengkar atas perkara yang remeh-termeh.
10.mengelaurkan /     
    menghasilkan
Pokok buah-buahan yang ditanam di dusun Pak Osman masih belum berbuah.
11. mengusahakan
Petani itu Bercucuk tanam untuk menyara hidup keluarganya.
12. mengikut / menghadiri
Dia berkhusus dalam bidang penyediaan makanan.
13. dalam kumpulan
Kami bertiga mengikuti kelas tuisyen bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu.


No comments:

Post a Comment